04 May, 2017

Lumrah di universiti



Assalamualaikum

Hari ni aku mau cerita sikit pasal kehidupan di universiti tapi more tu kawan dan assignment. Kenapa kawan dan assignment? Sebab yang ni aku rasa antara yang penting kalau belajar dekat universiti. Ya betul tidak dapat dinafikan DUIT lagi penting. Hahaha. Tapi kalau mahu cerita pasal duit kalau di universiti memang sadis lagi-lagi tengah hujung sem macam sekarang ni. Poket tengah kering masa tu juga mahu guna duit print assignment la, bayar hutangdengan kawan, makan, bayar itu, bayar ini dan seterusnya.

Apa yang aku cerita ni based on pengalaman aku sendiri dan memang berkait dengan orang yang hidup tapi siapa mereka tidak perlulah mention.

Kawan

Bila kau dekat universiti ni, masa mula-mula masuk bila kau dapat kawan memang kau bersyukur sangat-sangat lagi-lagi bila kau dari negeri lain dan tiada kawan dekat sana. Lagi happy bila dapat kawan senegeri dan sekepala, rasa macam dekat gitchuu. Ya la dari tanah yang samakan. At least bila kau ada kawan tidaklah sunyi sangat, makan minum ada kawan, pergi dan balik kelas ada kawan. Best lagi bila kawan kau tu satu course. Kan kan. Masa tu kau rindu semua kawan-kawan baik kau masa sekolah. Berkawan ni memang best tapi bila datang assignment especially group assigment masa tu lah mesti berhati-hati.

Assignment

Haa ni benda yang pelajar universiti paling tidak gemar, suka, fav, dan boleh dikatakan ketagih dengan benda ni. Kalau boleh hari-hari mereka dipenuhi dan dikelilingi dengan benda ni. HAHA. Pengalaman aku selama hampir setahun dekat universiti ni assignment banyak melibatkan kerja kumpulan. Haa di sini akak nak nasihatkan adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran tu, kawan tu kawan juga tapi bila bab pilih ahli kumpulan untuk buat assignment perlu berhati-hati dan memilih ya sebagaimana ibu kita memilih ikan-ikan dipasar. Pastikan fresh dan enak dimakan. Tapi jangan pula kau makan kawan kau tu.

Maksudnya disini biarlah memilih kawan masa buat assignment berkumpulan ni. Sebab kualiti kerja kumpulan tu sangat bergantung dengan kualiti diri ahlinya dan kerjasama antara ahli. Ni kalau ada yang mahu jadi parasit dan penunggang yang tidak berbayar dan tidak berguna itu sila humbankan mereka ke laut ya. Mahu masuk universiti tapi assignment tidak mahu buat dan tidak berkerjasama. Baik duduk rumah tidak payah buang duit ibubapa, kerajaan dan tidak payah menyusahkan kawan-kawan kau di uni. Lagi parah kalau dekat group tu masa mahu bahagi-bahagikan kerja langsung tidak muncul, meeting pun tidak datang tapi bila minta nama dengan no. matrik sepantas kilat muncul. Banyak cantekkk muka!

Bila assignment sudah siap, satu hal lagi ialah print. Aku paling tidak suka mahu sebut ayat macam ni “Saya print guna duit saya dulu then nanti kamu bayar balik” haa ayat macam ni dan yang sama maksud dengannya. AKU SANGAT-SANGAT TIDAK SUKA. WHY?? Sebab kita semua sudah besar dan patut ada common sense yang dekat universti duit itu sangat-sangat berharga ya. Actually di dunia ni duit memang berharga hehe. Cuma untuk menekankan bahawa jangan ingat kawan-kawan sekumpulan anda tu dibayar oleh ibubapa kamu untuk siapkan assignment kamu dan siap printkan lagi untuk kamu. Pandai-pandai la faham, assignment tu untuk semua ahli kumpulan maksudnya BUAT SAMA-SAMA, BAYAR PUN SAMA-SAMA.

******

Inilah luahan hati seorang manusia yang stress dihujung-hujung sem. Akak stress. HAHAHA maaflah atas penggunaan bahasa yang agak kasar di atas tapi siapa makan cili dialah terasa pedas, siapa makan gula dia rasa manisnya yang makan garam mestilah rasa masinkan. Sekian.

Adios


22 April, 2017

にちようび (nichiyoubi)



Assalamualaikum

Hi guys..hari ni mengada sikit buat tajuk guna bahasa Jepun. Bukan mengada sebenarnya tapi sebab tidak tahu mahu letak tajuk apa. Btw にちようび(hiragana) or nichiyoubi it means Sunday and Sunday means holiday. Hahaha. Ahad lah hari yang aku sentiasa tunggu setiap minggu sebab hari isnin sampai sabtu aku memang pergi kampus. Even tiada kelas aku pergi juga, lepak library sebab ada wifi. Sorrylah siapa yang perasan post aku kejap guna saya, kejap guna aku..tu memang kelemahan aku. Sorrehh. 

Sebenarnya hari ni ingat aku tidak mahu post apa-apa, sebab I have nothing to post. Tapi disebabkan ada masa yang terluang walhal assignment bertimbun tu la jadinya entry ni. So hari ni aku cerita benda yang random sahaja, apa yang terlintas or melintas dekat kepala, aku tulis. Oh pagi tadi aku letak lagu dekat blog ni, so sesiapa yang rasa terganggu just click pause ya..dekat bawah sekali sebelah kiri yang ada feather tu. 

Oh ya kelmarin aku daftar nuffnang, tu lah ada iklan dekat sebelah kanan and at the bottom of this blog. Saja cuba-cuba walaupun aku tau pendapatan dari nuffnang tu dijana melalui viewers yang datang ke blog tapi aku try jeh. Kalau ada alhamdulillah kalau tiada ok saja. Sesiapa yang mahu daftar tu just follow this tutorial, sangat-sangat simple dan mudah difahami. 

Tiba-tiba aku teringat dekat telefon aku yang masuk lubang tandas tu, oh my sedihnya aku. Kbye. Esok cuti ohh nikmatnya.

Adios

SEGMEN BLOGLIST BLOG TIARA SAPPHIRE

Click banner to join this segmen!
Assalamualaikum..yeah lama tidak join this kind of segmen. Come guys do join and support this segment.

SYARAT WAJIB:
  • Follow blog ini. (done)
  • letak blog ni dalam bloglist korang, kalau takde bloglist anda dimaafkan. (got no bloglist hehe)
  • jangan lupa letak banner dan backlink ke blog ini (done)
  • tinggalkan link di ruangan komen di bawah. (done)


GIVEAWAY DIOR MINIATURE PERFUME MINI BY OURMEMORIA.MY

Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.
Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.
Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Jom join Giveaway Jiakreatifelt!


Click banner utk join guys!

Assalamualaikum semua, selamat malam.. jom ramai-ramai join this giveaway by Jiakreatifelt! Syarat-syaratnya sangat mudah.



21 April, 2017

Program Menyemai Bakti Membangun Negara Bersama Masyarakat di Kampung Mesilou, Kundasang



Assalamualaikum

Tajuk post kali ini agak panjang, actually ni nama program yang dijalankan oleh course kami. Program ni macam 2 in 1 la sebab fieldwork + CSR. Kalau tidak silap pada mulanya program ni dirancang untuk fieldwork kami untuk semester ni tapi dikembangkan sikit kepada program fakulti. If im not wrong. Ehek. Program ni berjalan/berlangsung selama 3 hari 2 malam, 14 April - 16 April di Kampung Mesilou, Kundasang. Penduduk-penduduk kampung ni sangat-sangat peramah, baik hati dan kami dapat rasa mereka mengalu-alukan kedatangan kami, especially Ketua Kampung Mesilou, iaitu En. Tony dan keluarga angkat kami. Selama program ni berlangsung kami tinggal di rumah keluarga angkat kami and most of them ada homestay. Di Kampung Mesilou ni memang banyak homestay dan jaraknya di antara satu sama lain juga agak dekat + harga juga berpatutan. So siapa yang bercadang mahu bercuti, honeymoon ka *auch* di sini memang sesuai. Bukan apa sebab haritu dengar ada sudah yang mahu honeymoon di sini. Hahahaha. Tapi saya bagitahu awal-awal silalah bawa baju tebal or baju sejuk. Dekat sini, malam hingga subuh sangat sejuk even tengahari pun sejuk jadi bolehlah feel feel di Korea. Hahahaha.

Sebenarnya banyak lagi saya mahu cerita tapi entah mana sudah tu idea terbang hahaha nanti saya cuba tangkap balik kalau dapat. 


Tak percaya yang aku boleh naik atas batu ni hahhaahha


Anak-anak angkat with bapa angkat yang sangat cool


Time ni sejuk gila, asap keluar dari mulut hahaha jadi jakun kejap







All of this photos credits to my housemates, teammates and coursemates, why sebab hp aku masuk dalam lubang tandas masa hari pertama hahahaa

I'm gonna miss this moment. Dekat sinilah kami satu course berkenal antara satu sama lain, strengthen our ehem love ehem, strengthen our bonds as a coursemate. Walaupun ada benda yang tidak berlaku seperti yang diinginkan kita tidak boleh ambil itu sebagai suatu yang terlalu rumit sebaliknya itu kita jadikan pengajaran for us in the future. This moment also make us realize the importance of teamworks. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ketua Kampung Mesilou dan penduduk-penduduk kampung terutamanya keluarga-keluarga angkat kami kerana menerima kehadiran kami semua. Terima kasih juga diucapkan kepada Dr. Masitah aka Dr. M dan pensyarah-pensyarah yang lain sebab beri peluang kepada kami untuk merasai pengalaman ini. Last but not least thanks to our Pengarah Program and all the AJKs, because they do their part really well. Thank you so muchhhhhiee. Eh lupa pula yang ni betul-betul last, thank you so much to my housemates for 3 days.. Pika, Ica, Schaika, Sya, Dewi, Asyikin, Kelorin, Tinis, Geetha, Veronica and Jessica you guys are so awesome. Haha.

*sebenarnya aku masih dalam dilema sama ada mahu buat post dalam bahasa formal or bahasa hantam-hantam, so jangan hairan la kalau ayat aku tunggang-langgang dan akward*

Adios.

31 March, 2017

HOLLA



Assalamualaikum

I'M BACK!!! Lamanya blog ni ditinggalkan, nasib tidak bersawang. Hahaha. Maklumlah owner blog ni agak busy sikit. Being a student is stressful guys but it give me a lot of experiences. Yeah think positive. Masuk semester kedua ni hidup aku berserabut gila. Sem 1 pun serabut juga tapi tidak 'seserabut' this sem. SESERABUT pun boleh. Serabut dengan assignment serabut dengan event serabut dengan cinta..opss. Hahaha not cinta kepada HUMAN ok cinta kepada benda lain hahahaha.

Sebenarnya aku rindu berblogging ni. Rindu gilerrr. Dulu masa mula-mula buat blog rasa macam addict sangat sampai setiap jam mau update blog. Haaa. Lepas tu tiap-tiap minggu tukar layout apa semua. I really like playing with the codes. Macam magic. Masuk code ni and then jadi macam ni. Tapi lepas SPM semua benda tu aku terlupa sebab fokus dengan form 6. Sekarang ni blog aku pun rupa macam alahaiii rasa mau tutup pun ada tapi rasa sayang. Banyak masa yang aku luangkan dengan benda ni dulu-dulu ahaha masa zaman muda remaja. Perasaan gembira, kecewa, sedih... semua aku luahkan dekat sini. Sebab aku rasa lebih selesa meluah dengan benda yang tidak bagi feedback apa-apa.

OK got to go.

Btw aku buat blogwalking kejap tadi banyak sangat blog-blog fav aku yang sudah tidak wujud. Sedih T_T

Adios