22 April, 2017

にちようび (nichiyoubi)



Assalamualaikum

Hi guys..hari ni mengada sikit buat tajuk guna bahasa Jepun. Bukan mengada sebenarnya tapi sebab tidak tahu mahu letak tajuk apa. Btw にちようび(hiragana) or nichiyoubi it means Sunday and Sunday means holiday. Hahaha. Ahad lah hari yang aku sentiasa tunggu setiap minggu sebab hari isnin sampai sabtu aku memang pergi kampus. Even tiada kelas aku pergi juga, lepak library sebab ada wifi. Sorrylah siapa yang perasan post aku kejap guna saya, kejap guna aku..tu memang kelemahan aku. Sorrehh. 

Sebenarnya hari ni ingat aku tidak mahu post apa-apa, sebab I have nothing to post. Tapi disebabkan ada masa yang terluang walhal assignment bertimbun tu la jadinya entry ni. So hari ni aku cerita benda yang random sahaja, apa yang terlintas or melintas dekat kepala, aku tulis. Oh pagi tadi aku letak lagu dekat blog ni, so sesiapa yang rasa terganggu just click pause ya..dekat bawah sekali sebelah kiri yang ada feather tu. 

Oh ya kelmarin aku daftar nuffnang, tu lah ada iklan dekat sebelah kanan and at the bottom of this blog. Saja cuba-cuba walaupun aku tau pendapatan dari nuffnang tu dijana melalui viewers yang datang ke blog tapi aku try jeh. Kalau ada alhamdulillah kalau tiada ok saja. Sesiapa yang mahu daftar tu just follow this tutorial, sangat-sangat simple dan mudah difahami. 

Tiba-tiba aku teringat dekat telefon aku yang masuk lubang tandas tu, oh my sedihnya aku. Kbye. Esok cuti ohh nikmatnya.

Adios

No comments: