21 April, 2017

Program Menyemai Bakti Membangun Negara Bersama Masyarakat di Kampung Mesilou, Kundasang



Assalamualaikum

Tajuk post kali ini agak panjang, actually ni nama program yang dijalankan oleh course kami. Program ni macam 2 in 1 la sebab fieldwork + CSR. Kalau tidak silap pada mulanya program ni dirancang untuk fieldwork kami untuk semester ni tapi dikembangkan sikit kepada program fakulti. If im not wrong. Ehek. Program ni berjalan/berlangsung selama 3 hari 2 malam, 14 April - 16 April di Kampung Mesilou, Kundasang. Penduduk-penduduk kampung ni sangat-sangat peramah, baik hati dan kami dapat rasa mereka mengalu-alukan kedatangan kami, especially Ketua Kampung Mesilou, iaitu En. Tony dan keluarga angkat kami. Selama program ni berlangsung kami tinggal di rumah keluarga angkat kami and most of them ada homestay. Di Kampung Mesilou ni memang banyak homestay dan jaraknya di antara satu sama lain juga agak dekat + harga juga berpatutan. So siapa yang bercadang mahu bercuti, honeymoon ka *auch* di sini memang sesuai. Bukan apa sebab haritu dengar ada sudah yang mahu honeymoon di sini. Hahahaha. Tapi saya bagitahu awal-awal silalah bawa baju tebal or baju sejuk. Dekat sini, malam hingga subuh sangat sejuk even tengahari pun sejuk jadi bolehlah feel feel di Korea. Hahahaha.

Sebenarnya banyak lagi saya mahu cerita tapi entah mana sudah tu idea terbang hahaha nanti saya cuba tangkap balik kalau dapat. 


Tak percaya yang aku boleh naik atas batu ni hahhaahha


Anak-anak angkat with bapa angkat yang sangat cool


Time ni sejuk gila, asap keluar dari mulut hahaha jadi jakun kejap







All of this photos credits to my housemates, teammates and coursemates, why sebab hp aku masuk dalam lubang tandas masa hari pertama hahahaa

I'm gonna miss this moment. Dekat sinilah kami satu course berkenal antara satu sama lain, strengthen our ehem love ehem, strengthen our bonds as a coursemate. Walaupun ada benda yang tidak berlaku seperti yang diinginkan kita tidak boleh ambil itu sebagai suatu yang terlalu rumit sebaliknya itu kita jadikan pengajaran for us in the future. This moment also make us realize the importance of teamworks. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ketua Kampung Mesilou dan penduduk-penduduk kampung terutamanya keluarga-keluarga angkat kami kerana menerima kehadiran kami semua. Terima kasih juga diucapkan kepada Dr. Masitah aka Dr. M dan pensyarah-pensyarah yang lain sebab beri peluang kepada kami untuk merasai pengalaman ini. Last but not least thanks to our Pengarah Program and all the AJKs, because they do their part really well. Thank you so muchhhhhiee. Eh lupa pula yang ni betul-betul last, thank you so much to my housemates for 3 days.. Pika, Ica, Schaika, Sya, Dewi, Asyikin, Kelorin, Tinis, Geetha, Veronica and Jessica you guys are so awesome. Haha.

*sebenarnya aku masih dalam dilema sama ada mahu buat post dalam bahasa formal or bahasa hantam-hantam, so jangan hairan la kalau ayat aku tunggang-langgang dan akward*

Adios.

No comments: