04 May, 2017

Lumrah di universiti



Assalamualaikum

Hari ni aku mau cerita sikit pasal kehidupan di universiti tapi more tu kawan dan assignment. Kenapa kawan dan assignment? Sebab yang ni aku rasa antara yang penting kalau belajar dekat universiti. Ya betul tidak dapat dinafikan DUIT lagi penting. Hahaha. Tapi kalau mahu cerita pasal duit kalau di universiti memang sadis lagi-lagi tengah hujung sem macam sekarang ni. Poket tengah kering masa tu juga mahu guna duit print assignment la, bayar hutangdengan kawan, makan, bayar itu, bayar ini dan seterusnya.

Apa yang aku cerita ni based on pengalaman aku sendiri dan memang berkait dengan orang yang hidup tapi siapa mereka tidak perlulah mention.

Kawan

Bila kau dekat universiti ni, masa mula-mula masuk bila kau dapat kawan memang kau bersyukur sangat-sangat lagi-lagi bila kau dari negeri lain dan tiada kawan dekat sana. Lagi happy bila dapat kawan senegeri dan sekepala, rasa macam dekat gitchuu. Ya la dari tanah yang samakan. At least bila kau ada kawan tidaklah sunyi sangat, makan minum ada kawan, pergi dan balik kelas ada kawan. Best lagi bila kawan kau tu satu course. Kan kan. Masa tu kau rindu semua kawan-kawan baik kau masa sekolah. Berkawan ni memang best tapi bila datang assignment especially group assigment masa tu lah mesti berhati-hati.

Assignment

Haa ni benda yang pelajar universiti paling tidak gemar, suka, fav, dan boleh dikatakan ketagih dengan benda ni. Kalau boleh hari-hari mereka dipenuhi dan dikelilingi dengan benda ni. HAHA. Pengalaman aku selama hampir setahun dekat universiti ni assignment banyak melibatkan kerja kumpulan. Haa di sini akak nak nasihatkan adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran tu, kawan tu kawan juga tapi bila bab pilih ahli kumpulan untuk buat assignment perlu berhati-hati dan memilih ya sebagaimana ibu kita memilih ikan-ikan dipasar. Pastikan fresh dan enak dimakan. Tapi jangan pula kau makan kawan kau tu.

Maksudnya disini biarlah memilih kawan masa buat assignment berkumpulan ni. Sebab kualiti kerja kumpulan tu sangat bergantung dengan kualiti diri ahlinya dan kerjasama antara ahli. Ni kalau ada yang mahu jadi parasit dan penunggang yang tidak berbayar dan tidak berguna itu sila humbankan mereka ke laut ya. Mahu masuk universiti tapi assignment tidak mahu buat dan tidak berkerjasama. Baik duduk rumah tidak payah buang duit ibubapa, kerajaan dan tidak payah menyusahkan kawan-kawan kau di uni. Lagi parah kalau dekat group tu masa mahu bahagi-bahagikan kerja langsung tidak muncul, meeting pun tidak datang tapi bila minta nama dengan no. matrik sepantas kilat muncul. Banyak cantekkk muka!

Bila assignment sudah siap, satu hal lagi ialah print. Aku paling tidak suka mahu sebut ayat macam ni “Saya print guna duit saya dulu then nanti kamu bayar balik” haa ayat macam ni dan yang sama maksud dengannya. AKU SANGAT-SANGAT TIDAK SUKA. WHY?? Sebab kita semua sudah besar dan patut ada common sense yang dekat universti duit itu sangat-sangat berharga ya. Actually di dunia ni duit memang berharga hehe. Cuma untuk menekankan bahawa jangan ingat kawan-kawan sekumpulan anda tu dibayar oleh ibubapa kamu untuk siapkan assignment kamu dan siap printkan lagi untuk kamu. Pandai-pandai la faham, assignment tu untuk semua ahli kumpulan maksudnya BUAT SAMA-SAMA, BAYAR PUN SAMA-SAMA.

******

Inilah luahan hati seorang manusia yang stress dihujung-hujung sem. Akak stress. HAHAHA maaflah atas penggunaan bahasa yang agak kasar di atas tapi siapa makan cili dialah terasa pedas, siapa makan gula dia rasa manisnya yang makan garam mestilah rasa masinkan. Sekian.

Adios


No comments: